Thursday, November 4, 2010

air bah dah smpai kat hospital lama

pagi ni lambat gi ofis...sbb goreng telur kat naim n arisa mimpi apa tah bangun2 tido nak mkn nasi ngan telur goreng letak cili sos.....dah siap2 semua gerak gi ofis, singgah jap kat nasi lemak maksu beli nasi double telur sebiji...sekali tgk kat meter kete minyak perlu diisi..so aku pun plan nak isi minyak kat petronas depan stadium, so kena lah lalu masjid zahir yg byk trafic light...sampai kat trafic light simpang 4 kat tambang badak (nape eh dipanggey tambang badak? en. asri ckp sbb dolu2 byk badak lalu situ dan dikenakan tambang...ye ke? tipu aaa) berbalik kpd cerita tadi, sambil tunggu lampu ijau, aku pun ternampaklah sign "AWAS BANJIR DI HADAPAN" sekali betullah air agak deras, so melenconglah aku ke sebelah kanan...ikut pekan...takpe minyak tu isi petang ni ...sbb petang ni nak balik taiping.....yea...
air bah dah smpai ke depan hospital lama dekat kuil tepi jalan besar tu....dan akan membawa ke pendang dalam masa terdekat...air bah ni pandai...dia cari jalan nak ke laut....pastu insya allah banjir akan berakhir...hopefully lah...
kat ofis pun ramai yg x dtg sbb terperangkap dlm banjir...smlm Menteri Perumahan datang naik heli..ialah dia kan org kedah...mai balik tgk org2 dialah...oh lupa lagi satu tahniah kpd Dato' Wan kerana telah dilantik sbg KP JBPM yang baru....selamat menjalankan tugas (eh dia baca ke blog aku ni ahaks....)

No comments:

Post a Comment