Sunday, May 15, 2011

aku dah x de jiwa.....

ntahlah aku rasa cam nak berenti keje je dok umah jaga anak...aku nak jual umah kat puchong tu settle semua utang2 pastu benti keje..jaga anak2, nak tgk dorang membesar depan aku, nak uruskan semua hal2 dorang ngan teratur..mmglah dorang dah berdikari sgt ngan umo naim 7 thn n arisa 6 thn..mmg dorang buat semua sendiri..bangun tido, mandi siap pakai baju sekolah, naim tlg masukkan beg2 semua dlm kete siap start kete lagi...kadang2 rasa besalah je kat dorang bila balik umah kul 6, dorang dah balik dr sekolah, siap p mengaji n main2 pastu mlm nak tgk kan skollwork dorang lagi bila dah tido...mmg rasa sedey n bersalah sgt2 sbb x dpt nak betul2 jaga dorang...azra pun dah pandai nangis plak bila anta kat mimi..mmm tp lau aku ckp kat mak aku nak benti keje mesti dia marah...aku dah x de jiwa kat ofis ni byk keje aku hang n pending......jiwa aku sudah ilang utk dok kat ofis ni...jiwa aku nak anak2 aku je...jiwa oh jiwa..asben pun x suka lau aku benti keje...

Wednesday, May 4, 2011

ibu tinggal...


ari ni aku jdi ibu tinggal ngan anak2 yg nakal..hahahahah, pas zohor ni papa akan berangkat (chewah ayat x hengat2) ke penang sbb ada kursus smpailah ari jumaat.so jdilah aku ibu tinggal. tp x kisahlah sbb aku dah biasa kena tinggal. dolu pun aku dok 3 beranak je kat puchong dari 2006 smpailah 2009 (i will survive)..x perlulah aku nyatakan sebabnya amat pedih di hati ni..biarlah ku bawa lara hati ni(woit nurul gila ke apa)ahaks..ter drama queen plak..ahaks...besalah ms tu jd pa mmg payah nak dpt tukar blik state (ayat klise jpa ialah tunggulah org kat sana pencen baru bleh masuk tu pun belum tentu lagi tunggu giliran awak jugak...)last2 dpt naik pangkat barulah ada peluang bertukar (eh tetiba lari topik)..papa telah menghangatkan aku dgn berkata nak p awai ni blehlah mkn pasembur karim (pasembur ni sedap dia jual dpan balai umah lama aku..ooo rindunyer kat penang)bukan cam kat padang kota tu tah apa2 tah ngan keras kedegang..wonner rande nandree...semua 35 hinggit..gila budus..ingat aku org luaq ke hang nak pau2 kan dah kena sedas ngan aku last2 ok akak..semua 18 hinggit je..papa nak p shoping jalan2 kat penang tu abis kusus ari jumaat..mama datanglah ngan anak2 naik bas jupe papa ala setakat alor star-penang kan sekentut je..tulah cam nak p je...tgklah lau terasa tercucuk khamis ni kita p cri tiket kat shahab..
tp mlm tadi azra hanna muntah2 plak, tatau naper mayb sbb pas minum susu tuh dia batuk2..sian plak kat dia x lena tido dia mlm tadi..so pgi ni dlm keta x de lah aksi dia berjoget2 dia layan...zzzzzz

Tuesday, May 3, 2011

outing ngan isteri boss




smlm adalah hari bersama isteri tuan. Puan bercuti dan berada di kedah, so aku dah pn.aina temankan puan. pagi2 lagi dah bfast kat kopitiam (sekolah convent lama) best makan kat sini pagi2 sbb semua ada drpd nasi lemak, roti canai, nasi kerabu, western, goreng2 segalanya, pulut ayam (best ni, 1st time mkn sudah jatuh cinta, tp aku amik pulut separuh je sbb aku x berapa kat pulut ni)minum 3 layer..abis je bfast bw puan gi kwsp ada urusan, settle urusan kitaorang pun jalan2 cari pasal eh silap jalan2 cari baju raya ahaks..pastu puan ajak ke rumah plak. smpai umah tolong menolong mengemas rumah eh silap lagi..tolong masak eh bukan tolong tgk puan masak...cepat tul puan masak, tuk tak tuk tik..ptong tu ptong ni, campak je dlm periuk tgk2 dah ada 5 jenis lauk pauk...sedap plak tu...yg x leh tahan adalah tempoyak...slruppp mkn nasi panas2 mmg terangkat beb...settle mkn, puan pun gerak ke stesen bus sbb nak balik pjaya dah, naik bus kul 3 ptg...bye..jupe lagi puan..tq sbb masak kat kitaorg...