through my window
Monday, March 10, 2014
DOA UNTUK MH370
YA ALLAH ENGKAU PERMUDAHKAN LAH SEGALA URUSAN PENCARIAN MH370....SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA BERKUASA DAN KAMI TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN DENGAN KUASA MU YA ALLAH....MAAFKANLAH ATAS SEGALA KELALAIAN KAMI DALAM MENGINGATIMU YA ALLAH..............
Sunday, March 2, 2014
ni copy paste dari http://www.islamituindah.my
Menjadi dan Memberi Di Alam Perkahwinan
Pemikiran yang betul dan positif adalah syarat untuk kita bersikap positif. Mental attitude yang betul sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga. Attitude yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumahtangga yang tidak menentu.
Untuk membina dan mengekalkan kesuburan cinta, kita perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah langkah praktikal bagaimana untuk kita bina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif.
Fokus pada tanggungjawab diri, bukan sekadar menuntut hak
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakan manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan haknya semata-mata. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “Aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam beberapa situasi, kita tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan?
Fokus pada tanggungjawab diri – sebagai suami atau isteri, kita dituntut oleh syariat Islam untuk melaksanakan tanggungjawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Menuntut hak tidak salah, Islam menggariskan hak-hak suami yang wajib dipenuhi isteri, dan hak-hak isteri yang wajib dipenuhi suami. Namun, menunaikan hak pasangan itu lebih utama.
Inilah prinsip asas, inilah golden rule yang harus difahami dan digenggam oleh setiap daripada kita yang bakal atau sedang melayari alam perkahwinan.
Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan. Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu. Padahal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan.
Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup, fokus kepada apa yang kita boleh lakukan untuk melaksanakan tanggungjawab kita.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
مَنْ لا يَرْحَمْ لاَ يُرْحَمْ !
Siapa yang tidak memberi rahmah (kasih sayang), dia tidak dirahmati (dikasihi disayangi).
(Muttafaqun ‘alaih)
تَهَادُوا تَحَابُّوا
Berilah hadiah sesama kamu, nescaya kamu akan saling cinta-mencintai. (Riwayat Al Baihaqi)
Mereka yang berjaya melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik sering mendapat haknya sebagai ganjaran. Mereka yang memberi kasih sayang, akan mendapat kasih sayang sebagai ganjaran. Kasih sayang daripada siapa? Kasih daripada Allah s.w.t Maha Pencipta, kasih daripada sesiapa yang dikehendakiNya, juga daripada makhlukNya di muka bumi, antaranya ialah pasangan hidup dan manusia.
Manusia sering merasakan bahawa dengan menerima kebaikan, hati akan gembira dan bahagia. Benar, tetapi ada satu lagi perkara yang akan membuatkan hati gembira dan bahagia, iaitu memberi kebaikan. Mungkin ramai yang tidak percaya, namun seringkali perkara inilah yang tidak dilakukan, yang menyebabkan hati manusia tidak bahagia. Ya, tidak memberi kebaikan, maka hati tidak bahagia.
Giving, it is one of our needs. The need to give. Berilah kebaikan, buatkan pasangan gembira dan bahagia, nescaya kita juga akan gembira, bahagia dan terima kebaikan.
What you give is what you get.
What goes around, comes around.
Berkahwin bukan sekadar untuk menerima daripada pasangan, tetapi juga untuk memberi. Tidak sempurna erti perkahwinan dengan hanya menerima. Menjadi baik dan memberi kebaikan, adalah sebahagian daripada erti perkahwinan.
Jalan menuju gerbang perkahwinan bukan sekadar usaha mencari yang baik, tetapi juga usaha agar dirimenjadi baik, agar dapat memberi di alam perkahwinan.
Banyakkan usaha menjadi baik, dan lebih baik, warnai kehidupan seharian dengan nilai-nilai Iman dan Islam. Kemudian berusaha mencari yang baik, insyaAllah, yang terbaik akan Allah s.w.t aturkan buat kalian.
Antara pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah:
“Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredhaannya daripada keredhaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”
Kita juga perlu jelas dengan apa yang dimaksudkan dengan kebaikan. Definisi baik buruk, menurut neraca apakah yang kita pegang? Bukan neraca nafsu, bukan neraca akal manusia semata-mata. Definisi baik buruk yang kita pegang adalah apa yang ditetapkan Allah s.w.t., dalam kata lain, neraca syara’, neraca Islam. Perkara baik, adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai baik. Perkara buruk, adalah apa yang syara’ tetapkan sebagai buruk.
Menjadi dan Memberi Kebaikan Di Pentas Kehidupan
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa.
(An-Nahl: 30)
Ayuh kita berusaha menjadi baik, meningkatkan amal kebaikan, memberi kebaikan kepada manusia. Jalan ke arah kebaikan itu banyak, medan amal kebaikan itu luas. Berusaha agar semakin banyak kebaikan dapat dilakukan dan diberi, nescaya semakin banyak kebaikan yang akan kita terima, di dunia, bahkan lebih lagi di akhirat. Inilah janji Allah Yang Maha Pemberi, Maha Pembuka Rahmat.
By: Ahmad Faiz

Terima lantikan sebagai pengawas sekolah
Lama tak update pasal abg n kakak...Tahun 2014, dua2 cikgu lantik jadi pengawas sekolah..dan ari ni terima watikah pelantikan masa perhimpunan...yg arisa boleh lah tahan lau dilantik jadi pengawas...yg naim ni mama cam terkezut gak lah...sbb...dia mmg nakal kat sekolah n rajin nyakat org...tapi mama harap dgn pelantikan ni abg boleh tunjukkan contoh yg baik kat adik2 kat sekolah okay...mama sentiasa doakan anak3 mama berjaya dunia dan akhirat dan sentiasa di lindungi Allah.....
Monday, January 13, 2014
tahun baru yang penuh kecelaruan
Ya Allah semoga tahun 2014 ini segala urusanku baik dari segi kekeluargaan dan kerjaya berjalan baik dan sentiasa mendapat perlindunganMU....
Penat ooo sambut 2014 dengan segala macam kecelaruan....ni gara2 dpt surat pertukaran lah ni...Syabas...beta... pertukaran aku telah berjaya ditimbang tara kan oleh pihak JPA....dpt surat kena lapor kat Jab. Kesihatan, mmg dekat giler dari umah tak smpai 5 minit pun, kena lapor 23/12/2013. masa dpt call jpa tu aku tgh miting kat hq ngan bos. balik dr miting tu mmg sexited lah mentioned kat asben, abg...yea...nurul dpt tukar kat spg kola...dekat kan..wah planning baik punya ngan asben, pasni blehlah kita lunch sesama kan,abg amik kat ofis pastu kita lunch ngan anak sekali, giler tak dekat ...kira nya seberang jalan tu pastu jalan kaki n lalu sekolah maktab mahmud pastu tu sekolah anak...
tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya ribut petir di tengahari....pengarah suruh tangguh 2 minggu sampai pengganti datang...pengganti ni pun satu hal, ada dah budak kat fram kk nak balik loq staq n dah booking awai lagi kat cc hr kat hq tu so org hq pun mentioned lah kat jpa ada pertukaran dalaman n bila aku keluar maknanya eo fram kk akan masuk so kosong kat kk lah...sekali komandan tak lepas pulak...so ada hikmah jugalah sbb tmpt aku ni mmg takde pengganti sbb jpa tak amik tahu dah disebabkan ada pertukaran dalaman lau nak pengganti jugak makan masa ...so pengarah arah tangguh smpai 5/1/2014...huhuhuhu.. 6 januari tu punyalah berkobar2 habaq hang..aku p spg kola..baik punya terus masuk kat parking sekali tak boleh lah kena parking kat luar depan bangunan farmasi tuh sbb kat dalam utk staff je. smpai post guard tunjuk surat lapor diri siap pak long tu escort lagi aku (diskriminasi gak ni sbb ada pembantu makmal p lapo diri dia x escort pun, kesian dia kontang kanting cari blok pentadbiran n terkial2 nak buka pintu yg auto tu...kenapalah kena ada diskriminasi di situ, biarlah layan semua org sama tak boleh ke hah?)
nak masuk kena buka kasut, berkaki ayam di ofis, p jumpa cc dia n isi borang apa2 tah...dlm 15 minit camtuh cc dia ckp okaylah puan kena lapor diri di hospital yan...
aku macam...apakah itu?.......kalau aku tolak? surat pengarah saya minta tangguh lagi smpai pengganti? aku dah terbayang2 umah pak njang di yan....cc ckp apa2 pun aku kena p yan sbb penempatan di sana....ok saya pergi...nak ajak asben dia sibuk dok closing account lah akb lah, so minta teman pn. aina...apa2 hal aku nak mkn nasi lemak dulu sbb belum bfast lagi....balik umah makan nasi minum kopi n temenung jap...betul ke tak betul ni aku nak pi ni...smpai je pn. aina terus p sana, siap timing lagi, ok kita gerak kul 11.00 pagi...sambil borak2 dlm keta nak pi tak pi nak p tak p...last2 smpai gak 11.30...chewah siap ckp okaylah kan tak jauh mana (nak sedap ati sebenarnya) salam2 ngan staff situ pastu jumpe eo yg aku nak ganti tulah, rupanya JKN buat pertukaran dalaman, sbb eo yan dah 3 tahun kat situ, so dia dpt balik sp n aku ganti tmpt dia...aku rasa cam aku jadi bengong n biol ari tuh..tah apa2 tah...jumpa pengarah dia, cam oklah, perempuan...citer serba sikit pasal keje..n aku akan melompat lau dok situ..hehehe saya dah biasa dah bukan takat melompat, terbang semua pun dah biasa (dlm ati je lah aku ckp ni), pastu siap buat punch card lagi, pengarah bagi release 2 ari je, so 8hb aku ke keje di yan....smpai je kat umah aku jadi tak ketahuan tah apa2 yg aku fikir tah...aku migrain n sakit pala lah pulak, tapi hati berat nak stay kat sini lagi..esok masuk keje lambat n amik cuti sbb serabut....bagi pengarah sign surat tak lepas n aku pun batal....so setia ku di sini....

Wednesday, November 27, 2013
The Dark Side of Me...
yes, i've been so nice, vry nice n i do treat ppl good but i have enuff of u...hypo...now im giving u hell..I hate hypocrite..
Monday, November 4, 2013
Hanya PadaMU
Ya Allah, ampunkan lah segala kesalahan dan kelalaian aku....sesungguhnya aku dah tak mampu lagi menanggungnya...hanya padaMU aku berserah Ya Allah...sesungguhnya hanya Kau yang Maha Mengetahui dan Memahami dan aku mohon perlindunganMu dan rahmatMu Ya Allah.....apa jua yg direncanakan untuk aku, terima kasih Ya Allah....amin ya rabbal alamin....
Monday, October 28, 2013
kamus adik lagi...
tocing bawah teta - kucing bawah kereta
adik nak pi setolah - adik nak pi sekolah
fafon - telefon
adik tak reti sebut huruf k betul2....smlm pagi mama nak pi keje buat hal pulak..tak bagi pi keje n dok lah pegang kaki mama, abg naim ckp adik mcm citer hantu kak limah tu, dok pegang kaki org tak mau bagi jalan....ya allah adik, lau mama byk duit mmglah mama tak pi keje dah tau dok umah jaga anak3 je...mmg tu yg mama suka tapi mama kena tolong papa nak cukupkan apa yang tak cukup kat rumah tu...

Subscribe to:
Posts (Atom)